Tarikat
Tarikat bermaksud laluan atau jalan yang seseorang perlu ambil untuk sampai kepada Allah. Laluan atau jalan hendaklah laluan atau jalan yang telah di ambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. Terdapat hanya satu laluan atau jalan yang telah di ambil oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya untuk mendapatkan Allah. Terdapat hanya satu jalan untuk mendapatkan Allah dan tiada jalan lain selain daripada jalan yang telah di ambil oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapatkan Allah. Ada yang mengatakan bahawa destinasi kita adalah sama, tetapi terdapat banyak cara atau jalan untuk sampai ke destinasi. Sebagai contoh; destinasi kita adalah Kuala Lumpur tetapi terdapat banyak jalan untuk sampai ke Kuala Lumpur. Hujah tersebut kedengaran logik tetapi sangat mengelirukan. Pertama sekali, kita tidak boleh samakan Kuala Lumpur dengan Allah dan jalan atau tarikat untuk sampai kepada Allah dengan jalan untuk sampai kepada Kuala Lumpur. Kuala Lumpur adalah tempat di dunia dan sudah tentu, banyak jalan untuk sampai ke Kuala Lumpur. Sesiapa boleh sampai Kuala Lumpur samaada melalui udara, jalan raya atau keretapi. Terdapat banyak jalan untuk sampai ke Kuala Lumpur. Walaupun maksud tarikat adalah laluan atau jalan tetapi ini adalah tidak sama seperti Tarikat atau jalan untuk sampai kepada Allah. Allah adalah pencipta dunia dan alam semesta. Kita tidak boleh samakan jalan untuk sampai kepada Allah dengan jalan untuk sampai ke Kuala Lumpur. Dalam usaha untuk sampai ke Kuala Lumpur kita perlukan jalan tetapi kita tidak boleh gunakan analogi yang sama untuk sampai kepada Allah. Dalam usaha untuk sampai kepada Allah kita perlu menggunakan amalan soleh. Amalan soleh adalah jalan untuk sampai kepada Allah. Allah tidak mencintai kebendaan dunia tetapi Allah mencintai amalan soleh. Dengan kebendaan dunia, kita tidak boleh mendapatkan Allah tetapi kita boleh mendapatkan Allah dengan amalan soleh. Amalan soleh yang membawa kita hampir kepada Allah adalah Tarikat untuk mendapatkan Allah. Amalan soleh yang membawa kita hampir kepada Allah merupakan IBU kepada semua amalan soleh yang melahirkan semua amalan soleh. Allah mengatakan dalam Quran yang lebih kurang maksud; “Katakanlah Muhammad(maksudnya untuk memberitahu kepada semua manusia) bahawa inilah jalanku (tarikat) untuk mengajak manusia kepada Allah dengan yakin dan bersungguh-sungguh dan ini adalah jalanku dan jalan orang-orang yang mengikutiku, Surah Yusuf; Ayat 108. Tarikat atau jalan adalah amalan soleh yang membawa kita hampir kepada Allah dan sesiapa sahaja yang mengerjakan amalan soleh akan boleh mengerjakan semua amalan soleh. Dalam ayat di atas, Allah menerangkan secara khusus bahawa jalan untuk mendapatkan Allah adalah dengan menjalankan kerja mengajak manusia kepada Allah. Kerja mengajak manusia kepada Allah iaitu IBU bagi segala amalan soleh dan dengan menjalankan kerja mengajak manusia kepada Allah dengan cara Nabi Muhammad s.a.w maka iman kita akan meningkat. Apabila iman kita meningkat sehingga tahap yang Allah kehendaki, kita akan mampu mengerjakan semua amalan soleh.Kerja mengajak manusia kepada Allah dengan yakin dan bersungguh-sungguh adalah sama dengan kerja menunaikan hak kepada Rukun Islam pertama.Perintah pertama dari Allah adalah mengucap, Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah’, selepas mengucap kalimah mulia terdapat kewajipan hak kalimah mulia yang perlu dikerjakan.Apakah hak kepada mengucapkan kalimah mulia? Apabila seseorang mengucapkan kalimah mulia, tanggungjawab yang besar datang bersama dengan pengucapan kalimah mulia. Ini adalah sama seperti seseorang yang telah mengucapkan kalimah nikah dan terdapat tanggungjawab yang di perlukan oleh isterinya. Begitu juga, apabila ucapan dari kalimah mulia, Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah; terdapat tanggungjawab yang perlu di lakukan terhadap Allah. Menunaikan tanggungjawab ke atas Allah bermaksud untuk menunaikan hak kepada Kalimah Mulia. Hak Kalimah Mulia adalah mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran (Amar ma’ruf nahi mungkar) dan ini adalah sama seperti kerja mengajak manusia kepada Allah. Kebaikan bermaksud mengucapkan Kalimah Mulia dan tunaikan hak Kalimah Mulia dan Mungkar bermaksud tidak mengucapkan Kalimah Mulia dan tidak tunaikan hak Kalimah Mulia.Terdapat banyak pergerakan Tarikat di dalam dunia ini dan semua mereka adalah tidak membuat amal iaitu mengajak manusia kepada Allah tetapi sebaliknya membuat amal mengingati Allah atau zikir atau amal-amal yang lain. Mereka mempunyai anggapan yang salah berkenaan dengan maksud Tarikat seperti yang di nyatakan dalam Quran. Di dalam Quran, khususnya menyatakan; “ Katakanlah Muhammad(kepada umatmu), ini adalah Tarikatku (Jalan), untuk mengajak manusia kepada Allah dengan yakin dan bersungguh-sungguh dan ini adalah Tarikatku dan Tarikat mereka yang mengikutiku”. Allah tidak menyatakan dalam Quran bahawa Tarikat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikutnya adalah mengingati Allah(berzikir dengan menggunakan tasbih) tetapi Allah menyatakan dalam Quran bahawa Tarikat yang sepatutnya di ikuti oleh Muhammad s.a.w dan pengikutnya adalah mengajak manusia kepada Allah.Amalan mengajak manusia kepada Allah bermaksud orang bukan Islam mestilah di ajak oleh orang Islam mengucap Kalimah Mulia; “Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah” dan umat Islam yang telah mengucap Kalimah Mulia mestilah di ajak kepada menunaikan hak Kalimah Mulia. Banyak pergerakan tarikat di dalam dunia ini termasuk Jemaah Tabligh adalah tidak mengikut Quran.Jemaah Tabligh adalah salah satu pergerakan Tarikat sesat yang mempunyai berjuta-juta pengikut di seluruh dunia. Jemaah Tabligh dapat ‘recruit’ ramai pengikut berbanding pergerakan Tarikat yang lain kerana mereka mengajak umat Islam dengan cara yang bersungguh-sungguh untuk menyertai pergerakan Tarikat mereka. Di mana-mana qariah yang Jemaah Tabligh ‘keluar’, mereka akan membentuk jemaah untuk melawat rumah orang Islam di qariah tersebut dan mengajak umat Islam untuk datang ke masjid dan mendengar ceramah mereka atau ‘bayan’. Tujuan ceramah atau ‘bayan’ adalah untuk bersungguh-sungguh mengajak umat Islam supaya duduk dalam ceramah mereka dan menyertai kumpulan Tarikat mereka dengan mengajak umat Islam untuk meluangkan masa samada, 3hari, 40hari atau 4bulan. Jemaah Tabligh berfikir, untuk mengajak umat Islam ‘keluar’ selama 3hari, 40hari atau 4bulan adalah sama seperti mengajak manusia kepada Allah sepertimana yang dinyatakan dalam Quran. Jemaah Tabligh tidak mengetahui apakah yang di maksudkan dengan “mengajak manusia kepada Allah” seperti yang dinyatakan dalam Quran. Apakah maksud “mengajak manusia kepada Allah” adalah untuk mengajak orang bukan Islam mengucapkan Kalimah Mulia manakala orang Islam pula di ingatkan tentang maksud Kalimah Mulia dan di ajak kepada menunaikan Hak Kalimah Mulia.
Syariat
Umat Islam perlu melakukan kerja mengajak manusia kepada Allah(yang mana ia adalah Tarikat Nabi Muhammad s.a.w dan sesiapa sahaja yang mengikutinya) dengan mengikut syariat atau cara Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w keluar ke setiap jalan di Mekah, ke setiap rumah dan kedai yang berada di Mekah dan mengajak mereka kepada Allah di sebalik mengumpulkan mereka di Masjid dan memberi ceramah atau bayan kepada mereka. Di sebalik mengajak manusia kepadanya, Nabi Muhammad s.a.w sendiri pergi keluar dari Masjid, jumpa semua manusia dan mengajak mereka kepada Allah. Nabi Muhammad s.a.w telah membuat kerja mengajak manusia kepada Allah dengan yakin dan bersungguh-sungguh dan meluangkan masa setiap hari untuk mengajak manusia kepada Allah. Di Mekah, Nabi Muhammad s.a.w akan meluangkan masa dari pagi sampai lewat malam untuk mengajak manusia kepada Allah. Apakah perkara yang di ajak oleh Nabi Muhammad s.a.w ? Nabi Muhammad s.a.w mengajak manusia yang berada di Mekah untuk mengucapkan Kalimah Mulia. Adakah Nabi Muhammad s.a.w mengajak mereka meluangkan masa selama 3hari, 40hari dan 4bulan dan adakah Nabi Muhammad s.a.w hanya mengajak beberapa kumpulan tertentu yang ada di Mekah kepada Allah? Jawapannya tidak. Nabi Muhammad s.a.w mengajak setiap orang di Mekah kepada Allah. Tidak terlepas juga termasuk kepada Yahudi dan Kristian. Kaedah yang di gunakan untuk mengajak manusia kepada Allah adalahummumiat dan bukan khususiat . Ummumiat bermaksud mengajak manusia dengan tanpa mengira status, bangsa, agama dan bahasa kepada Allah manakala khususiat pula adalah mengajak hanya golongan tertentu kepada Allah. Ramai Cendikiawan Islam berpendapat, dengan hanya memberi ceramah di dalam Masjid ini juga mengajak manusia kepada Allah. Walaupun mereka boleh mengatakan mengajak manusia kepada Allah dengan memberi ceramah di dalam Masjid tetapi mereka tidak mengajak manusia kepada Allah menurut syariat Nabi Muhammad s.a.w. Cendikiawan Islam yang lazimnya memberi ceramah di dalam masjid sepatutnya keluar dari masjid dan berjumpa manusia, tanpa mengira mereka adalah orang Islam atau bukan Islam dan mengajak mereka kepada Allah. Nabi Muhammad s.a.w tidak mengajak manusia kepada Allah dengan hanya memberi ceramah di masjid seperti yang telah di lakukan oleh Jemaah Tabligh dan cendikiawan Islam tetapi Nabi Muhammad s.a.w pergi jumpa manusia, berjumpa mereka secara individu ataupun dalam keadaan berkumpulan dan mengajak manusia kepada Allah. Apakah maksud mengajak manusia kepada Allah? Ini bukanlah mengajak manusia untuk pergi ke masjid atau meluangkan masa selama 3hari, 40hari dan 4bulan tetapi mengajak orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia dan mengingatkan umat Islam tentang maksud Kalimah Mulia dan mengajak mereka menunaikan Hak Kalimah Mulia. Ini juga adalah syariat atau cara Nabi Muhammad s.a.w untuk mengajak manusia kepada Allah dengan akhlak yang baik, walaupun kepada mereka yang buat tidak baik. Apabila kita membuat kerja mengajak manusia(termasuk orang Islam dan bukan Islam) kepada Allah, ini bermaksud, kita telah mengikut Tarikat dari Muhammad s.a.w dan dengan syariat Nabi Muhammad s.a.w. Kebanyakkan pergerakan Tarikat termasuk Jemaah Tabligh adalah tidak mengajak semua manusia kepada Allah. Kebanyakkan kumpulan tarikat hanya bekerja ke atas umat Islam dan tujuan adalah bukan mengajak manusia kepada Allah tetapi adalah mengajak umat Islam menyertai kumpulan mereka. Mereka tidak mengajak umat Islam kepada Allah kerana mereka tidak mengingatkan umat Islam tentang maksud Kalimah Mulia dan mereka tidak mengajak umat Islam untuk menunaikan Hak kepada Kalimah Mulia. Kebanyakkan kumpulan tarikat termasuk Jemaah Tabligh adalah tidak mengikut Tarikat Nabi Muhammad s.a.w kerana mereka mengajak umat Islam untuk menyertai kumpulan Tarikat mereka dan mereka tidak mengajak orang bukan Islam untuk mengucap Kalimah Mulia. Kebanyakkan kumpulan Tarikat termasuk Jemaah Tabligh adalah tidak mengikut Syariat Nabi Muhammad s.a.w dan hasilnya adalah iman mereka tidak meningkat. Ini hanya apabila umat Islam melakukan Tarikat Nabi Muhammad s.a.w dengan syariat Nabi Muhammad s.a.w iman mereka akan meningkat. Apabila iman umat Islam meningkat dan mencapai tahap yang Allah kehendaki, kemudian mereka akan menjadi orang beriman. Seseorang yang di kenali sebagai orang beriman hanya apabila mereka mencapai iman seperti yang Allah kehendaki. Semua orang Islam yang tidak mencapai tahap iman yang Allah kehendaki di kenali sebagai orang yang baru masuk Islam atau orang Islam dan bukan orang beriman. Seseorang yang beriman boleh memperolehi hakikat amal atau amalan soleh. Seseorang yang beriman adalah boleh mengerjakan segala amal yang di wajibkan atau fardu dan meninggakan segala amal yang dilarang atau haram.
Hakikat
Apakah hakikat? Hakikat bermaksud sesuatu yang realiti. Bunga plastik adalah bukan bunga yang realiti. Bunga plastik kelihatan seperti bunga sebenar tetapi bunga plastik tidak mengeluarkan bau. Bunga plastik tidak dapat mengeluarkan bau dari bunga kerana ia hanya bunga palsu. Bunga palsu boleh mempunyai nama bunga, kelihatan seperti bunga tetapi tidak mempunyai hakikat atau realiti dari bunga iaitu mengeluarkan bau. Bunga sebenar mempunyai nama bunga, rupa bunga dan hakikat bunga iaitu dapat mengeluarkan bau. Amal yang palsu atau amalan yang mempunyai nama amal, rupa amal tetapi amal tidak mempunyai hakikat amalan. Seseorang yang mengerjakan solat yang palsu, ia seperti di lihat oleh orang lain mengerjakan solat tetapi dalam realiti, dia hanya mengerjakan solat palsu. Solat palsu tidak akan mempunyai hakikat solat. Solat tanpa hakikat tidak akan dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Seperti bunga yang tulin dapat mengeluarkan bau, bersamaan juga dengan solat iaitu mempunyai keupayaan untuk mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Apabila solat tidak dapat mencegah diri orang yang melakukan solat dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, ini bermaksud solat tersebut adalah palsu. Solat yang palsu adalah solat yang tiada hakikat. Solat yang tiada hakikat adalah solat tanpa iman yang betul. Solat tanpa iman yang betul adalah solat yang tiada keikhlasan, ikhsan dan ihtisab. Allah tidak akan suka atau redha dengan seseorang yang mempunyai amalan yang palsu. Seseorang dengan amalan palsu tidak akan memperolehi Makrifatullah atau cinta dari Allah. Hanya seseorang yang mempunyai amalan yang betul akan menjadi kekasih Allah dan hanya kekasih Allah dapat mengenali Allah atau memperolehi Makrifatullah.
Makrifatullah
Apabila tarikat dari Nabi Muhammad s.a.w di lakukan dengan Syariat Nabi Muhammad s.a.w, Allah akan memberi kita Hakikat Iman. Dengan hakikat iman kita akan memperolehi hakikat amal. Dengan hakikat iman dan hakikat amal, kita akan memperolehi Makrifatullah atau cinta dari Allah. Seseorang yang mempunyai cinta Allah akan menjadi kekasih Allah. Kekasih Allah akan mengetahui pada setiap masa apa perintah Allah yang Allah suka dan Allah akan memberi kekasih Allah keupayaan untuk melakukan perintah Allah dengan cara yang Allah suka. Apabila seseorang memperolehi Makrifatullah, mereka memperolehi cinta dari Allah dan apabila seseorang mempunyai cinta Allah, mereka mendapat agama yang benar dari Allah, seperti yang sering di perkatakan oleh orang melayu; Awal agama mengenal Allah atau permulaan agama apabila seseorang itu mengenali Allah.