Pelawat yang dikasihi

Pelawat yang dikasihi

Sunday, 26 May 2013

AYAT-AYAT AMALAN TAPEDIRI

AYAT-AYAT AMALAN TAPEDIRI


A 'UZUBILLAHIS SAMIUL ALIM MINASH SYAITONIRROJIM BISMILLAHIROHMANIRROHIM - ISTIGHFAR PENUH (3x) - LA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINOZZOLIMIN - MENGUCAP 2 KHALIMAH SYAHADAH - LAHAULAWALA QUWATAILLABILLAHILALIYILAZIMM - AL-FATIHAH - AYATUL QURSI - SURAH AL-MAIDAH ~ AYAT KE 11 - SURAH AT THOLAK ~ AYAT 2 -3 (1000 DINAR) - AL IKHLAS - AL FALAQ - AN NAS - AL FATIHAH - ROBBI NAJJINI (Al-Qasas~Ayat 21) - A 'U ZUBIKA LIMATILLA HIT TAMMATI MIN SHARRIMA KHOLAQ - ILAHI ANTA MAKSUDI WARIDHO KAMUTHLUBI - 2 KHALIMAH SYAHADAH - LA HAU LA WALA QUWWATA ILLA BILLAHILALIYYIL AZIM. *** TIDAK AKAN BERFUNGSI TANPA IJAZAH DAN PENERANGAN. *** BUKAN MENTERA YG MERAPU. HANYA SEMATA-MATA DARI AL QURAN DAN HADIS.

Tapediri & Perkembangan

Tapediri & Perkembangan

         
 PERKENALAN DAN ASAL USUL TAPEDIRI DI WUJUDKAN

          Tapediri 65 diasaskan pada 1 Rejab 1430H oleh Tuan Haji Rahmat bin Haji Abd Razak di Seremban, Negeri Sembilan. Rasa tanggungjawab dan desakan untuk membawa perubahan bersandarkan kehendak agama adalah antara faktor utama membawa kepada lahirnya Tapediri. Tuan Haji Rahmat merasa terpanggil untuk mencari wadah penyelesaian dan jalan keluar terhadap pelbagai kecelaruan dalan jemaah yang dipimpin beliau sebelum ini. Beliau merupakan seorang pemimpin yang bergelar Ayahanda (Khalifah) di dalam satu pertubuhan yang bergiat aktif dalam Malaysia. Belia juga merupakan Timbalan Pengerusi Gabungan Ayahanda Negeri Sembilan. Setelah mendapati matlamat pertubuhan tersebut sudah mula tersasar. 'Amar Makruf Nahi Mungkar' yang dilaungkan sekadar tinggal slogan sebaliknya persepsi ramai terhadap pertubuhan ini adalah keganasan, gangterisme dan tindak tanduk yang tidak mencerminkan matlamat pertubuhan itu sendiri. Tidak ada lagi kesungguhan dalam melaksanakan amanah Allah dan RasulNya. Justeru itu beliau merasakan perlu ada satu wadah dan kaedah yang sesuai untuk merawat kerasukan anak-anak muda khususnya yang ghairah untuk mencari 'ilmu kuat' dan menonjolkan kehebatan diri yang tersasar jauh dari syariat Islam. Pencarian beliau berkaitan ilmu pertahanan diri telah membawa beliau ke merata tempat di dalam negara malah sehingga ke Indonesia. Setiap ilmu yang dikutip dinilai terlebih dahulu agar ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam. Dalam masa yang sama beliau juga telah meneroka luas alam perubatan Islam. Hasilnya kombinasi ilmu pertahanan diri dan rawatan Islam ini dinamakan TAPEDIRI 65.

MAKSUD TAPEDIRI 65

          'TA' merujuk kepada TAQWA, 'PEDI' bermaksud PERTAHANAN DIRI manakala 'RI' adalahRAWATAN ISLAM. Manakala no.6 melambangkan rukun Iman dan no.5 melambangkan rukun Islam yang menjadi pegangan orang mukmin. pelbagai bacaan dan amalan yang disusun mengikut tahap-tahap tertentu menjadikan TAPEDIRI sebagai pakej lengkap dari segi ibadah dan ketaatan, pertahanan dan rawatan.
          Setelah tertubuhnya Tapediri pada Jun 2009, usaha gigih Tuan Haji Rahmat yang bergelar Ayahanda Guru Panglima Utama menyeru 'golongan-golongan kuat' untuk mendekati Islam. Dengan pakej lengkap yang ditawarkan, usaha beliau mula mendapat perhatian dan sambutan. Hasil dari syariat yang ditetapkan dalam ilmu ini, secara beransur-ansur, semakin ramai 'golongan kuat' yang mula menundukkan diri pada perintah Ilahi. Walau dengan latar belakang yang selama ini menongkah perintah agama, menyongsong kehendak nafsu, perubahan yang terhasil amat mengkagumkan. Berkat kesungguhan dalam menjalankan tarbiyah dan talbiyah secara berterusan, akhlak, teladan dan kepimpinan Ayahanda Tuan Haji Rahmat, anak-anak pimpinannya berubah bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada ahli keluarga dan lebih ramai lagi dari sahabat-sahabat.
          Junjugan besar Nabi Muhammad s.a.w telah mengajar kita pelbagai metod dakwah yang sesuai dengan hidup sasar. Kita perhatikan dengan perjalanan dakwah dewasa ini, ada kelompok masyarakat yang didekati secara kuliah di masjid-masjid, ada juga yang bergerak melalui dakwah kepada individu, maka Tapediri 65 mengambil pendekatan yang mampu mendekati kelompok masyarakat yang terjebak dengan pelbagai kekusutan pemikiran, gaya hidup dan pegangan. Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan mendapat petunjuk dan rahmat Allah serta disandarkan segala harapan agar diberi kekuatan untuk menongkah arus ganas akhir zaman..

Pengenalan TAPEDIRI MALAYSIA 65

Pengenalan TAPEDIRI MALAYSIA 65


TAPEDIRI MALAYSIA 65
(TAQWA,PERTAHANAN DIRI & RAWATAN ISLAM)

MUQADDIMAH

          Segala puji bagi Allah s.w.t. Pemilik sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besarNabi Muhammad s.a.w. ahli keluarganya, para-para sahabatnya dan seluruh umat Islam yang mengikuti dan melaksanakan ajarannya dengan ikhlas sehingga ke hari kiamat.
          Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t yang memberi rahmat dan keizinan-Nya untuk membukukan amalan-amalan yang dilaksanakan dalam jemaah Tapediri Malaysia 65 secara lebih mudah dan teratur serta menerangkan kepada anda diluar sana untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang ilmu ini.
          Amalan-amalan yang disusun mengikut tahap-tahap yang ditetapkan yagn dinamakan sebagai'Pegisian Satu','Ranting Satu' adalah amalan tahap asas, yang mengandungi bacaan-bacaan benteng diri. Tahap kedua dinamakan sebagai 'Pengisian Dua' dan 'Ranting Dua' pula mengandungi sebahagian besar daripada bacaan-bacaan yang khusus digunakan bagi tujuan rawatan atau perubatan.
          Amalan dan bacaan yang disusun ini bukan sahaja untuk diamalkan oleh jemaah Tapediri malah ia amat sesuai untuk semua golongan masyarakat Muslim. Ia merupakan amalan yang boleh disifatkan sebagai pakej lengkap meliputi aspek ibadah, ketaatan pada Allah s.w.t.,Pertahanan Diri dan Rawatan Islam. Saya turut memuatkan petikan 'Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w.', Tafsir ringkas terhadapSurah Al-Maidah ayat 11 beserta Asbabun Nuzul ayat tersebut yang merupakan hujah kepada kaedah pertahan diri dalam ilmu ini serta petikan 'Dialog Rasulullah s.a.w. dengan Iblis' sebagai rujukan dan peringatan penting buat semua.
          Saya juga diingatkan setiap tahap amalan ini perlu 'diijazahkan' oleh guru-guru yang berkenaan bagi mendapat keberkesanan yang sebenar. Sebarang penyalinan atau fotokopi adalah tidak dibenarkan sama sekali.
          Akhir kalam, besarlah harapan agar setiap amalan ini dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan agar Allah s.w.t menitipkan cahaya iman pada hati kita seterusnya mendapat petunjuk dan hidayahNya hingga ke akhir hayat.

Petikan dari TGPUTM TAPEDIRI MALAYSIA.

Saturday, 11 May 2013

Ayat Penumbuk Kilat



Bismillah

TABITI TABILA USRI USRO TUMPU TANAH SARI BAGINDA ALI HAK


amalkan selama 7 hari berturut2 bermula dari malam jumaat. Caranya adalah baca mantera kat atas ni sebanya tujuh kali dan tangkap cahaya2 yang korang nampak, kemudian gosok dua2 tapak tangan korang sampai panas, pastu kepalkan satu tangan jadi penumbuk dan asah asah penumbuk tu macam pisau. Asah sampai terasa panas.

Bila korang nak guna je, tarik nafas, baca mantera sekali dan tumbuk kawan ko yang curi stoking tu sambil membentak “HA”

Pastu, dia lak belajar ilmu ni, dia tumbuk lak ko kat bontot.

Ayat penumbuk maut




Ayat penumbuk maut

saye nak kongsikan ilmu penunbuk maut ,,,,,,, care mangunekan ye adelah memasukkan ibu jari dan sentuh permukaan atas lidah ,dan selepas tu masukkan ibu jari ke dalam pusat kemudian pusingkan sehinge manjadi bulatan dan ayat haruslah dibace dulu


ayat ye ela ali zurpakar ela ali zur kahar ila ali zur hajar suta murti kabdul maud dengan berkat lailahaillah muhammaddunrasullah,,,,,,,,,,,,, tetapi barang siape yg terkene tak dapat di pulehkan

kalau nak ilmu lagi boleh hantar pesanan kat saye memeng ade banyak ilmu yg saye nak kongsikan

Latihan Merasai Ilmu Tenaga Dalam




Tempat: Biarlah tempat yang sunyi supaya dapat lebih fokus.
Masa: Di malam hari ataupun pada waktu siang. Terpulang. Janji keadaannya tenang.
Posisi: Duduk bersila, baring (jangan sampai tertidur)
Emosi: Dalam keadaan tenang
Dibolehkan sebelum memulakan latihan untuk membaca surah Fatihah, Selawat, dan sebagainya.

Duduk bersila dengan telapak tangan kanan bercantum dengan telapak tangan kiri seperti sedang mengadap raja. “Ampun Tuanku”
Niat : “Ya Allah, bangkitkanlah tenaga dalamku untuk kebaikan diri”
Kemudian bayangkan satu cahaya berwarna putih berada dipusat anda. Bergerak menuju ke tangan kanan seterusnya melalui telapak tangan kanan dan memasuki ke telapak tangan kiri kemudian turun ke pusat semula. Bayangkan kitaran ini untuk beberapa minit. Cuba rasakan perbezaan yang dirasakan oleh badan anda.
Anda juga boleh mengubah arah pergerakan tenaga itu tadi dari kiri ke kanan dan ke pusat. Mengikut arah jam. Dan sekali lagi, cuba perhatikan perbezaan. Jika sudah mahir dengan kedua-dua arah tadi, anda juga boleh cuba menggerakkan tenaga dalam itu serentak.
Dan bagi mengakhiri latihan tenaga dalam itu tadi, anda perlulah meletakkan kedua-dua tangan ke bumi. Dan niatkan untuk membuang tenaga berlebihan yang tidak elok untuk kesihatan. Proses ini dinamakanpembumian.

Etika & Maksud Mempelajari Ilmu Ghaib



Mempelajari ilmu ghaib tidak salah, dan aq mohon kepada sesiapa yang masih tidak memahami ilmu ghaib, jangan terus melabel ilmu ini sesat ataupun salah di sisi akidah. Aq kat sini nak beri penerangan pada korang ataupun aq nak menukar pandangan korang perihal pada ilmu ghaib ni. So, biar korang tau sebab dan asal usul nya ilmu ghaib ni. Kadang-kadang, perasaan kita yang cakap ilmu ni sesat adalah ditimbulkan oleh syaitan sendiri sebab syaitan tahu, ilmu ilmu ghaib ini menuntut kepada keimanan yang tinggi, tu pasal ditimbulkan keraguan pada korang.
Okay, seperti mana yang kita tau, ilmu ghaib yang berada di Nusantara ni kebanyakannya telah diamalkan di Thailand dan Indonesia. Tapi, unik bagi indonesia kerana serapan Islam telah berlaku secara meluas berbanding Thailand. So amalan ilmu ghaib di Indonesia ni boleh lah diyakini berbanding dengan amalan ilmu ghaib di thailand. Terdapat dua jenis amalan ilmu ghaib iaitu Ilmu Kejawen dan Ilmu Hikmah…
Ilmu Hikmah adalah ilmu yang telah bersandarkan terus kepada penggunaan Al Quran dan hizib-hizib. Jadi, doa-doa yang berada di dalam ilmu hikmah semuanya perkataan Arab dan sememangnya Ilmu Hikmah tiada lagi keraguan kerana pengamalannya telah dicedok terus dari Al Quran dan sumber sumber yang boleh dipercayai.
Ilmu Kejawen pula adalah tradisi ilmu kebatinan jawa yang telah bertapak sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Setelah Islam datang, ilmu Kejawen telahpun di sesuaikan dengan akidah Islam. Doa-doa dalam ilmu kejawen biasanya akan dimulai dengan Bismillah dan dicampur bahasa Arab dan Jawa.
Setiap pengamalan ilmu ilmu ghaib, akan mewujudkan ruh ruh Ilmu tersebut. Ini terjadi secara sukarela ataupun automatik. So, jika disebut mengenai khadam ilmu, itu bukanlah bermakna Jin ataupun pendamping, seperti mana yang diberitahu oleh orang yang belajar tak habis ni. So, khadam yang dimaksudkan adalah aura cahaya dari amalan ilmu yang diamalkan sendiri. Ia datang secara rela, kerana perlu kita tahu ilmu juga adalah makhluk, yang asalnya cahaya dan dia boleh memilih pengamal yang mana memanfaatkannya.
Di dalam ilmu ghaib, terdapat beberapa cabang yang perlu kita tahu antaranya adalah , Ilmu Kebal, Ilmu Pengasihan, Meraga Sukma, untuk pertunjukan dan Perubatan. Mengenai Ilmu Kebal, rata rata yang menganggap ianya sesat. Saya membuat andaian bahawa perkataan Kebal lah yang buatkan orang melabel ilmu ini sebagai ilmu sesat. Sebab itu didalam blog saya, saya namakan sebagai Ilmu Perlindungan Ghaib supaya tiada keraguan dan kemusykilan untuk diamalkan.
Terdapat beberapa cara bagaimana ilmu ghaib ini boleh dipraktikkan antaranya warisan. Ini mesti korang faham, takkan atuk korang tak pernah bagi tau apa apa tips masa korang kecik2. Yang kedua adalah melalui jalan tirakat. Dalam blog saya ini, kebanyakan adalah menggunakan jalan tirakat, yang mana pengamal sendiri yang memilih untuk mendapatkan ilmu tu. Dan yang terakhir adalah jalan pengisian. Bagi korang yang dapatkan ilmu tu terus tanpa susah payah, Pengisian adalah jalan yang paling mudah. Ia merupakan suatu proses yang mana guru yang mempunyai ilmu yang tinggi memindahkan tenaga supranaturalnya kepada orang yang berhajatkan ilmu itu

Ilmu Pasung


Ilmu Pasung
=========
Ilmu Pasung , panggilan gelaran kepada Ilmu yang mengunci pergerakan musush samada berhadapan mahupun penceroboh rumah kita. Bahasa mudahnya , mengunci pergerakan musuh atau pengkhianat
Ayat Ilmu Pasung
============
Bismillah……………….
Ya Haq Zat Sifat Alif
Asal Usul dari Setitik
Aku Didalam Kalimah LAM ALIF
Dengan Berkat Kalimah
ALIF LAM LAM HA’
Ayat ini dibaca sebelum keluar rumah, yang mana bermulanya bacaan ini hanya selepas sebelah kaki kanan melepasi bendul pintu, dan seterusnya habiskan bacaan selepas itu sambil berjalan keluar atau menaiki kenderaan
Petuanya, sambil membaca gengamkan ibu jari tangan kanan sambil berniat musuh terkunci pasung seperti mananya ibu jari terpasung didalam gengaman. Lepaskan ibu jari setelah hanya lengkap habis bacaan ayat pasung

Ilmu Tumbuk Angin



Untuk keilmuan tumbuk angin ni, ilmu ini adalah bertujuan untuk menangkap pencuri yang terlepas. Biasanya pencuri pro ni diorang sama ada mempunyai ilmu ataupun mempunyai akal yang licik. Jadi, kalo sorang tu da terkantoi tengah kopak duit tabung masjid pastu lari lak cam Watson Nyambek, memang pewai la imam nak kejar nye yob.
Jadi, sekiranya terlepas gunakan la ilmu tumbuk angin ni. Nescaya tumbukan tersebut akan kena tepat pada si pencuri tersebut 100 per sen.

Sekiranya berlaku kecurian, namun anda tidak sempat untuk mengejar pencurinya, patahkan sedikit
ranting kayu dan tuliskan huruf-huruf ini:

Kemudian, genggamlah ranting itu dan bacakan ayat di bawah:

Lalu, lakukan pukulan beberapa kali ke tanah. Insya-Allah, pencuri tersebut akan menerima pukulan
tersebut dengan izin Allah. Maka, dapatlah anda menangkapnya




Ilmu MenakutkaN muSUH



YA! kita ada caranya . DIbawah ini adalah caranya :-
  1. Letakkan apa2 yang korang anggap senjata di hadapan korang.
  2. Solat istikharah 2 rakaat
  3. Baca Ya Zal Jalaali Wal Ikraam sebanyak tujuh kali
  4. Layangkan senjata tu ibara korang tengah pukul musuh tu
  5. Iktikad dalam hati niat ini :- Ya ALLAH ya Tuhanku Engkau nampakkanlah perbuatan ku ini kepada si …………
  6. Insya ALLAH musuh akan mula berasa takut pada korang

iLMU Pengasih Mata



ilmu ini digunakan tanpa puasa atau lelaku yang lain, Ianya hanya
menggunakan mata untuk memikat orang yang dituju. Ayatnya
harus di amal dahulu sebelum dicuba.
“ Allahuma alif baini wabaina Adam wa Hawa.” di baca 3kali
Ayat diatas ini dibaca dalam h ati dan lidah diletak ke atas lelangit
sambil merenung mata mangsa, Lepastu tegur si mangsa dengan lemah
lembut, Khabarnya bila diamal ayat ini pastu di cuba si mangsa boleh la
jatuh cinta pada si pemakai.

Nama-nama Syaitan & Iblis

Syaitan ataupun dikenali sebagai Iblis mempunyai 9 nama iaitu:

                  1.Iblis Zailatun.
                  2.Iblis Wawatsin.
                  3.Iblis Akwan.
                  4.Iblis Hafaf.
                  5.Iblis Wamurah.
                  6.Iblis Laqwal.
                  7.Iblis A'war.
                  8.Iblis Al-Wasnan.
                  9.Iblis Dasim.


Niat:Permulaan Segala Amalan

Daripasa Amirul Mukminin Abu Hafs Umar Bin al-Khattab r.a,aku mendengar Nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya semua amalan perbuatan dinilai mengikut niat.Setiap orang dinilai dengan niatnya.Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulNya maka hijrahnya mengikut niatnya menuju kepada Allah dan rasulNya.Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dan wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrahnya itu.

                                                                                                  (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ganjaran Menyampaikan ilmu




Daripada Abu umamah al-Bahili,Rasulullah s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah,Malaikat dan ahli penduduk langit dan bumi;hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus(meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut)mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia."

                                                                                                           (Riwayat at-Tirmizi)

Rahsia Kucing Merah.



Besi Kursani, Cara Pengaktifannya

Untuk mengaktifkan besi kursani ni, selalunya adalah melalui orang tengah, iaitu orang yang da pun aktif besi kursani mereka ni. Bila da teraktif, korang akan rasa ada benda yang mengalir masuk dalam urat, sendi, darahh dan daging. Kool bro, jangan gelabah, sebab besi kursani ni da diekstrak macam winrar ke dalam tubuh badan ko.

Kawasan Besi Kursani

Besi kursani ni biasanya akan tertumpu dibahagian tapak tangan. Itu sebab bila da aktifkan besi kursani, ia akan bermula dengan tapak tangan dulu. Kemudian dia akan menjalar ke seluruh tubuh dengan jayanya. Seronok lah korang bila dapat kuasai ilmu besi kursani ni sebab ilmu ni limited gila disebabkan guru2 dulu yang terlalu memilih murid untuk menurunkan besi kursani ni pada orang lain.

Ayat besi kursani

Bawah ni adalah ayat besi kursani yang korang boleh amalkan. Mana tau , korang lak cipta sejarah dengan membangkitkan besi kursani dalam badan ni tanpa melalui orang :-

“Hai Besi Putih Besi Kursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu
Jangan engkau makan hati yang putih
Engkau makan darah dan daging
Jikalau engkau makan hati yang putih
Durhaka engkau kepada Allah,
Hai Kaddam Kuddim
Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat
Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi
Keluarlah engkau daripada tempatnya
Yang ni versi melayu
“ Bissmillahirrahmanirrahim
Terdirilah besi kursani
Didalam batang tubuhku,
Dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Yahun kanda dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Fillah amri saina nan bangkit
Dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Sandalmanzud Rasulullahi salallahu alaihi wassalam
Qullahu ‘adzim. Alfatihah”



Mantera Besi Kersani dari berbagai bahasa seperti:

* Versi Minangkabau, diamalkan oleh pandeka atau pengguna ilmu batin

“Terdiri Basi Karasani dalam batang tubuah aku
aku mengatahui laa hawla walla quwwata illa billahil ‘aliyyil adzhim
Bangkik sagalo tali nan ditampuah angin,
aso kepado ambun jati…..”

* Versi Malaysia yang diamalkan oleh Mat Kilau, pahlawan daerah Pahang

“Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu ……”

* Versi Nusa Tenggara Timur

“nabi kursani palapisini
batang kalungku…
nabi adam ri tubuhku
nabi muhhammad ri bulungku
ALLAH taala ri nyawaku
berkat kun fayakun …..”
*Versi Jawa
“Salam alikum salam, wesi aji manjing marang badanku, angisep sarining wesi,
Karangkijang, Pulasani, Mengangkang, Walulin, Katub, Kamboja, Walangi, Ambal, Tumpang, Windudadi, Werani, Tarate, Malela Ruyung, Balitung, Kenur, Malela Kendaga, Tumbuk, kabeh manjing marang awaku lan ujung rambut sampe ujung sikil, Ya hu Allah’ (3x), la hawla wala quwwata illa billah” (41x).

Dilakukan selama 41 hari, dibaca tiap malam 41x, siang nya laku puasa mutih, mulai tujuh hari terahir ngebleng, dan hari ke 41 tambah dengan pati geni.


Berikut ini tatacara versi lain:

-mengucap 1x
-al fatihah 1x
-al ikhlas 1x

Baru dibaca ayat kursani dibawah

satu baris senafas klu boleh baca ayat dari mula hingga akhir senafas. dibuat seperti amalan zikir nafas, bagi yg biasa mengamalkan zikir nafas pastinya faham.
bila sampai yg berbunyi haq seluruh anggota badan harus dikeraskan.

AYAT KURSANI

“Bismillahirrahmanirrahim,
Allah berdiri Muhammad terlindung,
Aku berdiri serta Allah,
Zat kepada Allah, Sifat kepada Tuhan,
Assalamualaikum ya besi kursani saudaraku yg bongsu,
Rosak kepada engkau baru rosak kepada aku,
Binasa kepada engkau baru binasa kepada aku dari dunia sampai akhirat,
Janganlah engkau rosak binasa kepadaku,
Engkau menderhaka kepada Allah,
Kunciku kunci Allah, Baginda Rasulullah,
Adam mengunci pintu Muhammad.
Haqqullah, Pati Patikullah.”

-La illahaq illallah muhamadarasulullah.

Sesudah habis di baca tutup dgn
-al fatihah 3x
-al ikhlas 3x
-solawat 3x

usap muka dari dagu bawa ke tengkuk kita. dan ucapkan alhamdulillah iya robbi.



1. Mantra Penahan atau Penguat

a. Mantra Pengeras Badan
Ya man, ya ras, ya Malik
Ya kuserahkan kepada kamu

c. Mantra Kuat Tenaga

Bismillahirrahmanirrohim
Hai besi bangunlah engkau si raja besi
Yang bernama si ganda bisa
Engkau duduk di kepala jantungku
Bersandar di tiang arasy
Kuminta tinggalkan insanku
Kuminta rendah insan sekalian
Berkat aku memakai wujud kodrat sayyidina ali
Bujur lalu melintang patah
Lalu juga kehendak Allah
Berkat lailaha illallah
Muhammadarrasulullah


d. Mantra “Pengering” Olahraga (membuat lawan bermain gentar)

Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum…mualaikum salam
Harimau datang mayat semua menanti
Mayat datang harimau semua menanti
Berkat lailaha illallah
Muhammadarrasulullah

e. Mantra Pengeras Tendangan

Bismillahirrahmanirrohim
Auzubilla minannar arrim
Mufaiza hatal ya rasulullah iza kital maut
Mim kepalaku, bahuku nun
Pusatku dal
Kakiku alam-tubuhku
Aku kasih Allah



2. Mantra Pelindung

a. Pelimun (agar tak tampak)
Bismillahirrahmanirrahim
Perabun pelias peliseh
Perabun pelias peliseh
Perabun pelias peliseh
Sekalian jin dan syetan seteru lawanku
Berkat lailaha illallah
Muhammadarrasulullah


1. MANTERA UNTUK PATAH TULANG

Bismillahi Rahmanir Rahim
Jong sengkang kemudi sengkang
Tarik layar kembang sena
Urat yang kendur sudah kutegang
Urat yang putus sudah kusambung
Teguh Allah, tegang Muhammad
Sendi anggota baginda Ali
Tulang gajah, tulang mina
Ketiga dengan tulang angsa
Patah tulang berganti sendi
Badan jangan rusak binasa
Berkat sidi kepada guru
Sidi menjadi kepada aku
La ilaha illallah, Muhammadar Rasulullah


MANTERA MANTERA PENDEK MELAYU YANG MASUK DALAM ILMU TUMBUK – PIDERAS & CUCA:

Biss…
“Ya dara bulah romuk ramanina.
Hu Allah”.
Dibaca sebelum meninju. Hembuskan pada kepalan tangan.

“Allah lah masuk ke Muhammad.
Muhammadlah masuk kepadaku.
Nur ada Muhammad berdiri.
Illallah hu”
untuk tumbuk.

“Menyia Muhammad Allah lalu”.
Tinju dikepalkan, kemudian bacakan mantera pideras diatas, lalu hembuskan.

“Diam Muhammad. Allah lalu”.
Cuca ini digunakan sebelum menampar.



Mukaddimah




Seni Silat Jurus Wajib merupakan salah satu cabang Silat Lian. Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing, En. Roslee BIn Abdul@Mohd merupakan juru latih yang bertanggungjawab mendidik dan membimbing anak-anak mendalami ilmu silat. Latihan dijalankan mengikut ktetapan dan masa yg akan diberitahu kemudian 

Smk SM di pilih sebgai tempat latihan kerana, Smk SM merupakan kawasan tertutup dan selesa. bukan berniat untuk menunjukkan kehebatan, tetapi ingin menguji ketahanan mental anak-anak didik supaya kental dalam melakukan apa jua perkara.