Pelawat yang dikasihi

Pelawat yang dikasihi

Saturday, 27 December 2014

Maksud Tarikat, Syariat, Hakikat & Makrifat

Tarikat
Tarikat bermaksud laluan atau jalan yang seseorang perlu ambil untuk sampai kepada Allah. Laluan atau jalan hendaklah laluan atau jalan yang telah di ambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. Terdapat hanya satu laluan atau jalan yang telah di ambil oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya untuk mendapatkan Allah.  Terdapat hanya satu jalan untuk mendapatkan Allah dan tiada jalan lain selain daripada jalan yang telah di ambil oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapatkan Allah. Ada yang mengatakan bahawa destinasi kita adalah sama, tetapi terdapat banyak cara atau jalan untuk sampai ke destinasi. Sebagai contoh; destinasi kita adalah Kuala Lumpur tetapi terdapat banyak jalan untuk sampai ke Kuala Lumpur. Hujah tersebut kedengaran logik tetapi sangat mengelirukan. Pertama sekali, kita tidak boleh samakan Kuala Lumpur dengan Allah dan jalan atau tarikat untuk sampai kepada Allah dengan jalan untuk sampai kepada Kuala Lumpur. Kuala Lumpur adalah tempat di dunia dan sudah tentu, banyak jalan untuk sampai ke Kuala Lumpur. Sesiapa boleh sampai Kuala Lumpur samaada melalui udara, jalan raya atau keretapi. Terdapat banyak jalan untuk sampai ke Kuala Lumpur. Walaupun maksud tarikat adalah laluan atau jalan tetapi ini adalah tidak sama seperti Tarikat atau jalan untuk sampai kepada Allah. Allah adalah pencipta dunia dan alam semesta. Kita tidak boleh samakan jalan untuk sampai kepada Allah dengan jalan untuk sampai ke Kuala Lumpur. Dalam usaha untuk sampai ke Kuala Lumpur kita perlukan jalan tetapi kita tidak boleh gunakan analogi yang sama untuk sampai kepada Allah. Dalam usaha untuk sampai kepada Allah kita perlu menggunakan amalan soleh. Amalan soleh adalah jalan untuk sampai kepada Allah. Allah tidak mencintai kebendaan dunia tetapi Allah mencintai amalan soleh. Dengan kebendaan dunia, kita tidak boleh mendapatkan Allah tetapi kita boleh mendapatkan Allah dengan amalan soleh. Amalan soleh yang membawa kita hampir kepada Allah adalah Tarikat untuk mendapatkan Allah. Amalan soleh yang membawa kita hampir kepada Allah merupakan IBU kepada semua amalan soleh yang melahirkan semua amalan soleh. Allah mengatakan dalam Quran yang lebih kurang maksud; Katakanlah Muhammad(maksudnya untuk memberitahu kepada semua manusia) bahawa inilah jalanku (tarikat) untuk mengajak manusia kepada Allah dengan yakin dan bersungguh-sungguh dan ini  adalah jalanku dan jalan orang-orang yang mengikutiku, Surah Yusuf; Ayat 108. Tarikat atau jalan adalah amalan soleh yang membawa kita hampir kepada Allah dan sesiapa sahaja yang mengerjakan amalan soleh akan boleh mengerjakan semua amalan soleh. Dalam ayat di atas, Allah menerangkan secara khusus bahawa jalan untuk mendapatkan Allah adalah dengan menjalankan kerja mengajak manusia kepada Allah. Kerja mengajak manusia kepada Allah iaitu IBU bagi segala amalan soleh dan dengan menjalankan kerja mengajak manusia kepada Allah dengan cara Nabi Muhammad s.a.w maka iman kita akan meningkat. Apabila iman kita meningkat sehingga tahap yang Allah kehendaki, kita akan mampu mengerjakan semua amalan soleh.Kerja mengajak manusia kepada Allah dengan yakin dan bersungguh-sungguh adalah sama dengan kerja menunaikan hak kepada Rukun Islam pertama.Perintah pertama dari Allah adalah mengucap, Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah’, selepas mengucap kalimah mulia terdapat kewajipan hak kalimah mulia yang perlu dikerjakan.Apakah hak kepada mengucapkan kalimah mulia? Apabila seseorang mengucapkan kalimah mulia, tanggungjawab yang besar datang bersama dengan pengucapan kalimah mulia. Ini adalah sama seperti seseorang yang telah mengucapkan kalimah nikah dan terdapat tanggungjawab yang di perlukan oleh isterinya. Begitu juga, apabila ucapan dari kalimah mulia, Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah; terdapat tanggungjawab yang perlu di lakukan terhadap Allah. Menunaikan tanggungjawab ke atas Allah bermaksud untuk menunaikan hak kepada Kalimah Mulia. Hak Kalimah Mulia adalah mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran (Amar ma’ruf nahi mungkar) dan ini adalah sama seperti kerja mengajak manusia kepada Allah. Kebaikan bermaksud mengucapkan Kalimah Mulia dan tunaikan hak Kalimah Mulia dan Mungkar bermaksud tidak mengucapkan Kalimah Mulia dan tidak tunaikan hak Kalimah Mulia.Terdapat banyak pergerakan Tarikat di dalam dunia ini dan semua mereka adalah tidak membuat amal iaitu mengajak manusia kepada Allah tetapi sebaliknya membuat amal mengingati Allah atau zikir atau amal-amal yang lain. Mereka mempunyai anggapan yang salah berkenaan dengan maksud Tarikat seperti yang di nyatakan dalam Quran. Di dalam Quran, khususnya menyatakan; “ Katakanlah Muhammad(kepada umatmu), ini adalah Tarikatku (Jalan), untuk mengajak manusia kepada Allah dengan yakin dan bersungguh-sungguh dan ini adalah Tarikatku dan Tarikat mereka yang mengikutiku”. Allah tidak menyatakan dalam Quran bahawa Tarikat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikutnya adalah mengingati Allah(berzikir dengan menggunakan tasbih) tetapi Allah menyatakan dalam Quran bahawa Tarikat yang sepatutnya di ikuti oleh Muhammad s.a.w dan pengikutnya adalah mengajak manusia kepada Allah.Amalan mengajak manusia kepada Allah bermaksud orang bukan Islam mestilah di ajak oleh orang Islam mengucap Kalimah Mulia; “Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah” dan umat Islam yang telah mengucap Kalimah Mulia mestilah di ajak kepada menunaikan hak Kalimah Mulia. Banyak pergerakan tarikat di dalam dunia ini termasuk Jemaah Tabligh adalah tidak mengikut Quran.Jemaah Tabligh adalah salah satu pergerakan Tarikat sesat yang mempunyai berjuta-juta pengikut di seluruh dunia. Jemaah Tabligh dapat ‘recruit’ ramai pengikut berbanding pergerakan Tarikat yang lain kerana mereka mengajak umat Islam dengan cara yang bersungguh-sungguh untuk menyertai pergerakan Tarikat mereka. Di mana-mana qariah yang Jemaah Tabligh ‘keluar’, mereka akan membentuk jemaah untuk melawat rumah orang Islam di qariah tersebut dan mengajak umat Islam untuk datang ke masjid dan mendengar ceramah mereka atau ‘bayan’. Tujuan ceramah atau ‘bayan’ adalah untuk bersungguh-sungguh mengajak umat Islam supaya duduk dalam ceramah mereka dan menyertai kumpulan Tarikat mereka dengan mengajak umat Islam untuk meluangkan masa samada, 3hari, 40hari atau 4bulan. Jemaah Tabligh berfikir, untuk mengajak umat Islam ‘keluar’ selama 3hari, 40hari atau 4bulan adalah sama seperti mengajak manusia kepada Allah sepertimana yang dinyatakan dalam Quran. Jemaah Tabligh tidak mengetahui apakah yang di maksudkan dengan “mengajak manusia kepada Allah” seperti yang dinyatakan dalam Quran. Apakah maksud “mengajak manusia kepada Allah” adalah untuk mengajak orang bukan Islam mengucapkan Kalimah Mulia manakala orang Islam pula di ingatkan tentang maksud Kalimah Mulia dan di ajak kepada menunaikan Hak Kalimah Mulia.
Syariat
Umat Islam perlu melakukan kerja mengajak manusia kepada Allah(yang mana ia adalah Tarikat Nabi Muhammad s.a.w dan sesiapa sahaja yang mengikutinya) dengan mengikut syariat atau cara Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w keluar ke setiap jalan di Mekah, ke setiap rumah dan kedai yang berada di Mekah dan mengajak mereka kepada Allah di sebalik mengumpulkan mereka di Masjid dan memberi ceramah atau bayan kepada mereka. Di sebalik mengajak manusia kepadanya, Nabi Muhammad s.a.w sendiri pergi keluar dari Masjid, jumpa semua manusia dan mengajak mereka kepada Allah. Nabi Muhammad s.a.w telah membuat kerja mengajak manusia kepada Allah dengan yakin dan bersungguh-sungguh dan meluangkan masa setiap hari untuk mengajak manusia kepada Allah. Di Mekah, Nabi Muhammad s.a.w akan meluangkan masa dari pagi sampai lewat malam untuk mengajak manusia kepada Allah. Apakah perkara yang di ajak oleh Nabi Muhammad s.a.w ? Nabi Muhammad s.a.w mengajak manusia yang berada di Mekah untuk mengucapkan Kalimah Mulia. Adakah Nabi Muhammad s.a.w mengajak mereka meluangkan masa selama 3hari, 40hari dan 4bulan dan adakah Nabi Muhammad s.a.w hanya mengajak beberapa kumpulan tertentu yang ada di Mekah kepada Allah? Jawapannya tidak. Nabi Muhammad s.a.w mengajak setiap orang di Mekah kepada Allah. Tidak terlepas juga termasuk kepada Yahudi dan Kristian. Kaedah yang di gunakan untuk mengajak manusia kepada Allah adalahummumiat dan bukan khususiat . Ummumiat bermaksud mengajak manusia dengan tanpa mengira status, bangsa, agama dan bahasa kepada Allah manakala khususiat pula adalah mengajak hanya golongan tertentu kepada Allah. Ramai Cendikiawan Islam berpendapat, dengan hanya memberi ceramah di dalam Masjid ini juga mengajak manusia kepada Allah. Walaupun mereka boleh mengatakan mengajak manusia kepada Allah dengan memberi ceramah di dalam Masjid tetapi mereka tidak mengajak manusia kepada Allah menurut syariat Nabi Muhammad s.a.w. Cendikiawan Islam yang lazimnya memberi ceramah di dalam masjid sepatutnya keluar dari masjid dan berjumpa manusia,  tanpa mengira mereka adalah orang Islam atau bukan Islam dan mengajak mereka kepada Allah. Nabi Muhammad s.a.w tidak mengajak manusia kepada Allah dengan hanya memberi ceramah di masjid seperti yang telah di lakukan oleh Jemaah Tabligh dan cendikiawan Islam tetapi Nabi Muhammad s.a.w pergi jumpa manusia, berjumpa mereka secara individu ataupun dalam keadaan berkumpulan dan mengajak manusia kepada Allah. Apakah maksud mengajak manusia kepada Allah? Ini bukanlah mengajak manusia untuk pergi ke masjid atau meluangkan masa selama 3hari, 40hari dan 4bulan tetapi mengajak orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia dan mengingatkan umat Islam tentang maksud Kalimah Mulia dan mengajak mereka menunaikan Hak Kalimah Mulia. Ini juga adalah syariat atau cara Nabi Muhammad s.a.w untuk mengajak manusia kepada Allah dengan akhlak yang baik, walaupun kepada mereka yang buat tidak baik. Apabila kita membuat kerja mengajak manusia(termasuk orang Islam dan bukan Islam) kepada Allah, ini bermaksud, kita telah mengikut Tarikat dari Muhammad s.a.w dan dengan syariat Nabi Muhammad s.a.w. Kebanyakkan pergerakan Tarikat termasuk Jemaah Tabligh adalah tidak mengajak semua manusia kepada Allah. Kebanyakkan kumpulan tarikat hanya bekerja ke atas umat Islam dan tujuan adalah bukan mengajak manusia kepada Allah tetapi adalah mengajak umat Islam menyertai kumpulan mereka. Mereka tidak mengajak umat Islam kepada Allah kerana mereka tidak mengingatkan umat Islam tentang maksud Kalimah Mulia dan mereka tidak mengajak umat Islam untuk menunaikan Hak kepada Kalimah Mulia. Kebanyakkan kumpulan tarikat termasuk Jemaah Tabligh adalah tidak mengikut Tarikat Nabi Muhammad s.a.w kerana mereka  mengajak umat Islam untuk menyertai kumpulan Tarikat mereka dan mereka tidak mengajak orang bukan Islam untuk mengucap Kalimah Mulia. Kebanyakkan kumpulan Tarikat termasuk Jemaah Tabligh adalah tidak mengikut Syariat Nabi Muhammad s.a.w dan hasilnya adalah iman mereka  tidak meningkat. Ini hanya apabila umat Islam melakukan Tarikat Nabi Muhammad s.a.w dengan syariat Nabi Muhammad s.a.w iman mereka akan meningkat.  Apabila iman umat Islam meningkat dan mencapai tahap yang Allah kehendaki, kemudian mereka akan menjadi orang beriman. Seseorang yang di kenali sebagai orang beriman hanya apabila mereka mencapai  iman seperti yang Allah kehendaki. Semua orang Islam yang tidak mencapai tahap iman yang Allah kehendaki di kenali sebagai orang yang baru masuk Islam atau orang Islam dan bukan orang beriman. Seseorang yang beriman boleh memperolehi hakikat amal atau amalan soleh. Seseorang yang beriman adalah boleh mengerjakan segala amal yang di wajibkan atau fardu dan meninggakan segala amal yang dilarang atau haram.
Hakikat
Apakah hakikat? Hakikat bermaksud sesuatu yang realiti. Bunga plastik adalah bukan bunga yang realiti. Bunga plastik kelihatan seperti bunga sebenar tetapi bunga plastik tidak mengeluarkan bau. Bunga plastik tidak dapat mengeluarkan bau dari bunga kerana ia hanya bunga palsu. Bunga palsu boleh mempunyai nama bunga, kelihatan seperti bunga tetapi tidak mempunyai hakikat atau realiti dari bunga iaitu mengeluarkan bau. Bunga sebenar mempunyai nama bunga, rupa bunga dan hakikat bunga iaitu dapat mengeluarkan bau. Amal yang palsu atau amalan yang mempunyai nama amal, rupa amal tetapi amal tidak mempunyai hakikat amalan. Seseorang yang mengerjakan solat yang palsu,  ia seperti di lihat oleh orang lain mengerjakan solat tetapi dalam realiti, dia hanya mengerjakan solat palsu. Solat palsu tidak akan mempunyai hakikat solat. Solat tanpa hakikat tidak akan dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Seperti bunga yang tulin dapat mengeluarkan bau, bersamaan juga dengan solat iaitu mempunyai keupayaan untuk mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Apabila solat tidak dapat mencegah diri orang yang melakukan solat dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, ini bermaksud solat tersebut adalah palsu. Solat yang palsu adalah solat yang tiada hakikat. Solat yang tiada hakikat adalah solat tanpa iman yang betul. Solat tanpa iman yang betul adalah solat yang tiada keikhlasan, ikhsan dan ihtisab. Allah tidak akan suka atau redha dengan seseorang yang mempunyai amalan yang palsu. Seseorang dengan amalan palsu tidak akan memperolehi Makrifatullah atau cinta dari Allah. Hanya seseorang yang mempunyai amalan yang betul akan menjadi kekasih Allah dan hanya kekasih Allah dapat mengenali Allah atau memperolehi Makrifatullah.
Makrifatullah
Apabila tarikat dari Nabi Muhammad s.a.w di lakukan dengan Syariat Nabi Muhammad s.a.w, Allah akan memberi  kita Hakikat Iman. Dengan hakikat iman kita akan memperolehi hakikat amal. Dengan hakikat iman dan hakikat amal, kita akan memperolehi Makrifatullah atau cinta dari Allah. Seseorang yang mempunyai cinta Allah akan menjadi kekasih Allah. Kekasih Allah akan mengetahui pada setiap masa apa perintah Allah yang Allah suka dan Allah akan memberi kekasih Allah keupayaan untuk melakukan perintah Allah  dengan cara yang Allah suka. Apabila seseorang memperolehi Makrifatullah, mereka memperolehi cinta dari Allah dan apabila seseorang mempunyai cinta Allah, mereka mendapat agama yang benar dari Allah, seperti yang sering di perkatakan oleh orang melayu; Awal agama mengenal Allah atau permulaan agama apabila seseorang itu mengenali Allah.

Monday, 5 August 2013

Bahasa Syurga

Mari belajar bahasa syurga ! :')

1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah .
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan .
3. Akhi - abang atau saudara lelaki .
4. Zauj - suami .
5. Zaujah - isteri
6. Assif jiiddan - i'm really sorry
7. syukran-afwan - terima kasih - sama sama
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
9. fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah
12. Lau samahta - excuse me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. Ilalliqa' - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki)
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira)@Allahukhairujaza' - Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtum - adakah anda faham ?
24. fahimna - kami telah faham
25. sobahalkhair - selamat pagi
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah
bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu .
28. Kafaa bilmauti waa-'izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu.
30. masa ul khair - selamat petang
31. Tushibu 'alal khair - selamat malam
32. Na'am - Ya
33. yallah yallah bisura'h - mari-mari cepat
(lekas2)
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai ustaz/ ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air ?
35. sannah helwah - happy birthday
36. ana aidon - saya juga
37. Maas salamah - Selamat tinggal
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat
39. nin sain ? - kamu ada dimana ?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu
42. Dai'e - pendakwah
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah
bersama kami
KALAU ADA SALAH & SILAP MOHON
DIPERBAIKI...^_*

Saturday, 3 August 2013

Ciri2 Ajaran Syiah

Carilah keredhaan Allah SWT

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah

1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah ( disisi ) tanpa meletakkan tangan di atas pusat.

3.Kebanyakkan pengikut Syiah ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.

5.Kebanyakkan dari mereka hanya Solat 3 waktu sahaja kerana disisi mereka harus menjamakkan Solat Zohor - Asar dan Maghrib - Isyak walaupun tanpa bermusafir.

6.Menghalalkan Nikah Mutaah.

7.Memaki hamun dan mencela para sahabah Nabi S.A.W serta isteri-isteri Nabi.

8.Mencela Imam-imam Sunnah seperti Imam-imam 4 Mazhab dan Imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9.Mengatakan bahawa Al-Quran masih belum lengkap. Sepatutnya Al-Quran 2kali ganda tebalnya dari Al-Quran yang sediada.

10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah daripada Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Usman.

11.Seorang Syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar, Umar, Usman, Muawiyah dan Aisyah.

12.Beriktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum ( bebas dari dosa2 kecil dan dosa2 besar). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan Imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat - Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13.Mengaku sebagai pengikut Ahli bait Nabi.

14.Rukun islam yang pertama bagi Ahli Sunnah adalah mengucap 2 Kalimah Syahadah tapi Rukun Islam pertama bagi Syiah adalah Walayah ( Imam 12 ). Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari Imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15.Kain kafan mayat mereka bertulis.

16.Membaca Talqin dengan menyebut Imam-imam 12.

17.Meletakkan gambar-gambar Imam-imam 12 mereka di dalam rumah, Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18.Suami halal meliwat isteri.

19.Harus taqiah ( Boleh menipu \ Berpura-pura ) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.

20.Mereka tidak ada Solat Terawih. Jika ada Orang Syiah yang berterawih itu bermakna mereka bertaqiah. ( Boleh menipu \ Berpura - pura ).

21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama Imam-imam mereka dari menyebut Kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali, pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di Negara Teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong. Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.

Firman, Sabda & KAedah Usul Fiqh Tentan Kemudharatan

Carilah keredhaan Allah SWT

    1. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 :
      Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
       
    2. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157;
      “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
       
    3. Sabda Rasulullah s.a.w :
      Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
       
    4. Kaedah Usul Fiqh:

سد الذريعة - iaitu “Menutup pintu kerosakkan” 
درء المفاسد مقدم على جلب المصالح – iaitu “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.
 

Hukum2 Merokok

Makruh bila kitw saje2 nk isap..maknanya..bkn selalu...mungkin sehari sebatang..seminggu sebatang..sebulan sebatang..haram lak bila selalu..sampai memudaratkan..harus lak bila dh lama sangat merokok..pastu die nk berhenti..dlm proses nk berhenti tu die rasa mcm nk mati dh bila tk dpt merokok..di sahkkn oleh doktor lak..so hukumnya jd harus.. Contoh bg Harus dh lama isap rokok..tetiba. nk berhenti...dlm proses nk berhenti tu..tetiba kena sawan atau mcm2 di sebabkan tk merokok..so harus la isap..

Merokok Dri Pandangan Islam





Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa 
merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keterangan/Hujah: 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”.(Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
Antaranya seperti berikut:
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyahmenyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

Friday, 2 August 2013




ADAKAH BENAR DAKWAAN HADITH BAHAWA SYAITAN,IBLIS DAN JIN DIRANTAI DAN DIKURUNG SEPANJANG BULAN RAMADHAN?

YA. BENAR. Hadith Rasullullah ada menyatakan perkara ini:

Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Jika umatku berpuasa kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?"

Jawab iblis laknatullah: "Ya Nabi Allah, inilah suatu bencana yang besar bahayanya terhadap ku kerana apabila masuk malam awal Ramadan, maka memancarlah nur Arasy dan Kursiy serta segala malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagi orang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besar anugerah Allah SWT yang Maha Pengampun segala dosa yang telah lalu serta digantikan pula dengan pahala yang amat besar serta tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Tambahan pula yang menghancurkan hati ku ialah segala isi langit, bulan dan bintang serta malaikat sehinggalah burung-burung dan ikan-ikan laut dan airtawar juga tiap-tiap yang bernyawa di atas muka bumi mendoakan siang dan malam memohon ampun bagi orang-orang yang berpuasa. Satu lagi setinggi-tinggi kemuliaan orang yang berpuasa ialah Tuhan menjadikan 1000 kemerdekaan dari azab neraka pada setiap hari dalam Bulan Ramadan, segala pintu neraka ditutup, segala pintu syurga dibuka, angin/bayu syirah yang amat lembut berhembusan kedalam syurga. Maka pada hari mulanya umat mu berpuasa, datanglah segala bala tentera malaikat yang garang tanpa mengira lawannya menangkap aku dengan perintah Tuhan serta ditangkapnya segala bala tentera ku iaitu jin, syaitan dan ifrit serta dipasung kaki tangannya dengan besi panas - dan dirantainya kami sekeliannya serta dibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula dengan beberapa azab sengsara sehingga selesai ibadat puasa umat mu, baharulah aku dilepaskan supaya aku tidak boleh mengganggu mereka. 

1. Maka semua andaian bahawa pada bulan ramadhan ini bahawa 'jin bawahan' masih berkeliaran, manakala jin atasan sahaja dikurung, maka andaian itu tidak benar. Kerana Iblis sendiri mengakui semua pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup rapat dan dia beserta cucu cicit keturunannya (semua jin, semua syaitan) ditangkap dan dikurung sehinggalah tamat bulan puasa yang mulia ini. Tiada yang terkecuali,melainkan jin Islam yang teramat sedikit puratanya, dan mereka ini langsung tidak menganggu manusia kerana mereka takut kepada azab Allah dan kita lebih mulia dari mereka kerana itu malaikat sentiasa ada bersama kita, ingat, yang penting, Allah sentiasa memelihara kita, jadi mengapa kita perlu takut, bersedih dan risau jika kita beriman kepadaNya? Renung-renungkanlah.

JIKA BEGITU, MENGAPA ADA MANUSIA YANG MASIH DIGANGGU BAYANGAN HANTU, SAKA DAN MAKHLUK HALUS YANG LAIN?

2. Jika ada yang masih menerima gangguan (saka, pendamping atauhantu) maka semua itu hanyalah dugaan dan cubaan dari Allah semata-mata untuk menginsafkan kita, untuk kifarah dosa atau ingin menunjukkan kebesaranNya kepada kita. Makhluk-makhluk Allah yang ghaib tidak dapat kita lihat dari mata kasar, oleh itu secara sedar atau separa sedar kita masih tidak mampu melihat mereka kecuali dengan bantuan ilmu sihir (syirik, khurafat) dan amalan ilmuhitam yang sinonim dengan penghidupan si pengamal,
sedangkan mereka terdiri dalam golongan sesat lagi menyesatkan. Sama sahaja ketika di bulan-bulan biasa atau bulan ramadhan,yang masih mengekori dan menganggu mereka adalah 'dosa-dosa' yang menghantu imereka, bukanlah syaitan atau jin kerana mereka semua dikurung. Ini adalahkata-kata Allah (Kalamullah), bagaimana boleh kita menafikan hukum Ilahi? Maka,yang masih terganggu di saat bulan ramadhan ini, agar mereka mengingati Allah,dekatkan diri dengan Allah, insaf dan bertaubat, lakukan amal ibadat, bacalah Al-Quran, carilah ilmu-ilmu yang halal, jauhkan dari maksiat, perbuatan sia-sia, jaga lidah dan sucikan hati, banyakkan muhasabah diri, tinggalkan yang syirik dan khurafat serta mohonlah perlindungan dariNya yang Maha Penyayanglagi Maha Pengampun. Sesungguhnya Allah befirman, "Wahai Muhammad, Jika hambaku meminta keampunan dari-Ku, maka akan-Ku ampunkan semua dosa mereka; kecuali yang menyembah selain Aku." Maksudnya disini, Allah SWT hanya akan mengampunkan semua dosa kita selagi kita tidak syirik atau sesat murtad. Maka, kerana itulah sesiapa yang diganggu saka, makhluk halus serta pengamal ilmu sihir(bomoh,pawang) fizikal dan spiritual mereka tidak tenteram,termasuklah mangsa-mangsa yang menjadi sakit atau parah akan sihir mereka. Golongan yang menjadi mangsa sihir tidak berdosa malah teraniaya, tetapi golongan yang melakukan perkara keji itulah yang dilaknat Allah dan dijatuhkannya dalam golongan sesat.Jika mereka mati sebelum bertaubat, maka mereka mati dalam keadaan kafir,dicampak ke dalam api neraka bersama Iblis Laknatullah. Manakala golongan yang mempunyai saka tetapi tidak mengetahui akan kewujudan saka kepada diri mereka serta mereka tidak menyembah syaitan, bermakna mereka tidak berdosa kerana mereka tidak tahu bahawa mereka mempunyai saka, kecuali sudah terbit tanda-tanda, maka perlulah berubat secara Islamik dan membuang saka tersebut,kadangkala syaitan dan jin yang mendapat arahan dari iblis ketua mereka,menyuruh mereka menyesatkan manusia dari penipuan, contohnya mereka-reka cerita(bida'ah) bahawa mereka mempunyai saka dan sebagainya, mereka berbisik melaluihati nurani (syaitan boleh berjalan di dalam aliran darah manusia serta dudukdi dalam hati – nafsu), 
menganggu kitamelaui mimpi atau ketika pesakit itu pergi berjumpa bomoh yang bukan Islamik(bomoh syirik dan khurafat) maka, bertambah parah dan sesatlah pesakit,sedangkan niat ikhlas untuk berubat tetapi bomoh tersebut pula anak muridsyaitan dan menambah penipuan serta terus menyesatkan (kadangkala pengeras atauduit upah diambil tetapi saka tidak dibuang). Bagaimana seseorang pesakit bolehmemastikan sakanya telah tiada? Sedangkan ia benda ghaib dan mainan syaitan,jadi bomoh tersebut mungkin penipu (sedangkan di juga tertipu dan disesatkan).Oleh kerana itu, elakkan dari berubat dengan bomoh-bomoh yang tidak kitaketahui asal-usulnya dan pergilah berubat dengan cara Islamik, InsyaAllahdengan izinNya, kita sembuh dan dapat menjalankan kehidupan dengan normal tanpagangguan syaitan.

APAKAH HADITH RASULULLAH SAHIH DALAM MENYATAKN HAL INI SEDANGKAN TIADA DI DALAM AL-QURAN?

3. Al-Quran adalah Kitab suci agama Islam bagi orang-orang yang beriman, Hadith adalah buku panduan (guidance, rules & regulations) manakala doa-doa adalah penawar serta ubat bagi segala gangguan dan kucar-kacir spiritual manusia. Oleh itu, manusia yang hanya beriman kepada Al-Quran tetapi tidak kepada Hadith Rasulullullah, sama seperti dia hanya beriman dengan bacaan, tidak bersama amalan dan panduan yang lengkap, maka dia seperti terbang di atas angin, tidak turun dan tidak juga naik kemana-mana. Maka, kepercayaan kepada Kitab Al-Quran dan Hadith adalah wajib kerana kita telah mengucapkan syahadah "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." Jadi, kita harus mengikuti Kitab Allah, Al-Quran dan 'kitab' RasulNya, Hadith Nabi Muhammad sebagai panduan kerana ianya adalah wahyu suci yang diturunkan kepada sekalian mukmin.

4. Harap penjelasan di atas dapat membantu.

Salam Ikhlas, Ramadhan Al-Mubarak.